SELAMAT DATANG DAN SALAM PERSAUDARAAN

Kejayaan setiap manusia sering dilihat dan dicerita. Namun yang pasti di belakang mereka adalah kisah guru yang berjasa. Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya. Sentiasa berdaya dan berhati waja membangunkan nusa bangsa. Demi cinta, demi manusia, demi agama. Cukuplah dengan membayangkan wajahmu di persada dunia. Terima kasih Cikgu. Jasamu tetap dihargai.

Jumaat, Mei 28, 2010

MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA MASJID SHAS SPG PELANGAI

Salam. Mesyuarat Agung JK Masjid SHAS Spg Pelangai hari ini alhamdulillah berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak disangka berlaku. Perasmian telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn Hj Sayujan b Abd Majid, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Bentong, mewakili Pegawai Agama Islam Daerah Bentong. Banyak perkara berbangkit dibincangkan tetapi segalanya dijelaskan dengan rasional dan bukti. Kehadiran tidak ramai tetapi memadai untuk melaksanakan mesyuarat agung. Pelbagai usul diterima untuk diambil tindakan oleh pihak jawatankuasa. Ahli jawatankuasa masjid ini terdiri daripada 10 dilantik oleh Jabatan Agama Islam Pahang dan 3 dipilih dalam mesyuarat agung beserta 2 pemeriksa kira-kira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan