SELAMAT DATANG DAN SALAM PERSAUDARAAN

Kejayaan setiap manusia sering dilihat dan dicerita. Namun yang pasti di belakang mereka adalah kisah guru yang berjasa. Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya. Sentiasa berdaya dan berhati waja membangunkan nusa bangsa. Demi cinta, demi manusia, demi agama. Cukuplah dengan membayangkan wajahmu di persada dunia. Terima kasih Cikgu. Jasamu tetap dihargai.

Sabtu, Mei 29, 2010

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN BANDAR KARAK

29 Mei 2010 ( Sabtu ) 2.30 petang
di Bangunan UMNO Cawangan Bandar Karak
Persidangan telah berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun kelewatan daripada masa yang ditetapkan. Semua sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga telah menyempurnakan persidangan masing-masing. Turut hadir ke persidangan ialah YH Dato, Hj Mohd Zaini b Hj Mohd Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong dan Sdr Ahmad Jaafar b Bakar, Wakil Pemerhati UMNO Bahagian Bentong. 2 usul dari cawangan ini yang diluluskan selepas dibahaskan iaitu ;
1. Memohon Kerajaan Negeri Pahang membina Rumah Murah atau Perancangan untuk membina rumah di Kawasan Karak, perlu mengambil kira kos / harga yang mampu milik dan dibeli oleh Orang Melayu.
2. Memohon Kerajaan Negeri Pahang merancang tanah pertanian berkelompok untuk Orang Melayu di kawasan Karak.
Penghujung persidangan, Pn Zurina br Omar ( Ketua Puteri ) membuat kejutan dengan menghadiahkan kek ulangtahun kelahiran ayahanda Ketua UMNO Cawangan, Tn Hj Mohd Salleh b Mohamad yang ke 72. Persidangan juga dikejutkan dengan berita kematian seorang guru dan anak kepada salah seorang ahli cawagan ini akibat kompilasi selepas pembedahan melahirkan anak di Hospital Temerloh. Persidangan ditangguhkan jam 6.00 petang

1 ulasan: