SELAMAT DATANG DAN SALAM PERSAUDARAAN

Kejayaan setiap manusia sering dilihat dan dicerita. Namun yang pasti di belakang mereka adalah kisah guru yang berjasa. Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya. Sentiasa berdaya dan berhati waja membangunkan nusa bangsa. Demi cinta, demi manusia, demi agama. Cukuplah dengan membayangkan wajahmu di persada dunia. Terima kasih Cikgu. Jasamu tetap dihargai.

Khamis, Mei 27, 2010

PERTUKARAN PENGETUA ( PN NORANI BT MOHD LUDIN )

Pn Norani bt Mohd Ludin, Pengetua SMKSP Seri Pelangai ( sekarang ), akan bertukar ke SMK Karak Setia, Karak ( sekolah baru ) di kampung aku, sebagai pengetua di sana. Rasa kerugian juga sebab baru nak belajar cari pengalaman dengannya, dah tukar pulak. Beliau seorang yang berhemah semasa menjalankan tugas dan berdedikasi. Begitulah adat bekerja kerajaan. Semoga beliau selamat bertugas di tempat yang baru, tapi harap-harap pengetua baru ni biarlah yang hebat juga. Dengarnya dah ada calon pengetua sekolah ni. Orang tempatan katanya ...... Apa-apa pun keadaan, terimalah seadanya.... Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan