SELAMAT DATANG DAN SALAM PERSAUDARAAN

Kejayaan setiap manusia sering dilihat dan dicerita. Namun yang pasti di belakang mereka adalah kisah guru yang berjasa. Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya. Sentiasa berdaya dan berhati waja membangunkan nusa bangsa. Demi cinta, demi manusia, demi agama. Cukuplah dengan membayangkan wajahmu di persada dunia. Terima kasih Cikgu. Jasamu tetap dihargai.

Khamis, Mei 27, 2010

KURSUS PELAN TINDAKAN DAN MAJLIS PERPISAHAN

Salam.
27 Mei 2010 ( Rabu ) jam 2.30 petang bertempat di PKG Karak, aku menghadiri Kursus Pelan Tindakan dan Majlis Perpisahan Penyelia Pendidikan Islam Daerah Bentong iaitu Ustaz Ramli b Abd Hamid yang telah memegang jawatan Guru Besar SK Kg Shafie, Manchis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kursus Pelan Tindakan penceramahnya ialah Ustaz Mohd Zamri b Ahmad, SK Sulaiman, Bentong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan